Selasa, 6 Mei 2008

Tujuan Pembukaan Blog

Tujuan utama pembukan blog ini adalah untuk membolehkan perkongsian ilmu tentang subjek kemahiran hidup pertanian dengan semua jurulatih utama dan guru bagi meningkatkan kefahaman tentangnya. Saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai media perantara bagi JU dan guru untuk saling berkomunikasi dan berkongsi pelbagai aspek berkaitan subjek ini. Pihak lain juga dialu-alukan untuk memberi pandangan dan sebarang idea bagi memartabatkan mata pelajaran ini sebagai suatu mekanisma yang dapat menggerakkan konsep Pertanian adalah Perniagaan.