Selasa, 26 Mei 2009

CD BAHAN BANTU MENGAJAR INTERAKTIF


Bahan yang dibangunkan oleh JU KHB Pertanian Perak ini merupakan suatu produk yang direka khusus untuk guru sebagai media sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. Bahan ini juga sesuai digunakan oleh pelajar melalui kaedah pembelajaran kendiri. Isi kandungan bahan ini meliputi bahagian teras dan bahagian elektif pertanian. Skop kandungannya adalah akur terhadap sukatan pelajaran dan buku teks. Fakta setiap topik diolah secara ringkas dan padat tanpa meninggalkan isi-isi penting. Gambar, grafik dan animasi yang berkualiti turut dimuatkan sebagai sokongan kepada pemahaman fakta. Keseluruhan reka bentuk dan reka letak bahan ini dipersembahkan secara ringkas dengan kemudahan butang navigasi yang mudah. Justeru itu, bahan ini dapat digunakan oleh pelajar dan guru tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi Aditone Enterprise di talian 019-4580411 atau emel ctruziyatun@yahoo.com.

1 ulasan:

salju jenny berkata...

salam ju...

saya merupakan guru khb pertanian...saya berminat nak beli bahan bantu mengajar....memandangkan sumber khb pilihan 3 sangat lah limited.