Ahad, 5 Julai 2009

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

Atas permintaan beberapa rakan guru KHB Pertanian dari negeri-negeri lain  untuk mendapatkan soalan peperiksaan percubaan PMR KHB Pertanian negeri Perak maka berikut disertakan pautan untuk muat turun fail soalan tersebut:

Soalan Percubaan PMR KHB Pertanian tahun 2009 

Soalan Percubaan PMR KHB Pertanian tahun 2008 

Soalan Percubaan PMR KHB Pertanian tahun 2007

Ahad, 14 Jun 2009

kalau nak masuk pertandingan guru inovatif atau aga, saya sedia membantu.
Selamat datang ke blog kita org, apa saja makluman yang berkaitan jika perlu dikongsi bersama silakan lawati blog kami.

Rabu, 3 Jun 2009

ucapan

Terima kasih atas jemputan sebagai pengarang blog ini.
Ahlan wasahlan..Salam pengenalan dari mama.. dijemput semua guru KHB Pertanian berkongsi pengalaman dengan melayari paparan kami..
Kami berbangga andainya guru KHB dapat meluangkan masa mengunjungi blok ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
THANK YOU FOR INVITING ME TO JOINT THIS BLOG. TO ALL MY FRIEND, ALWAYS CONTACT ME IF YOU HAVE TIME......

PERASMIAN BLOG JU KHB PERTANIAN PERAK

TAHNIAH DAN UCAPAN SYABAS KEPADA SEMUA JU KHB PERTANIAN YANG TELAH BERJAYA MEMBANGUNKAN BLOG YANG PASTINYA AKAN MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI PARA GURU DAN SETERUSYA MENINGKATKAN PRESTASI PMR KHB PERTANIAN NEGERI PERAK.

BUKU TOPIKAL TERBARU


Akan terbit! Buku Gempur Topikal Cemerlang A. Mengandungi lebih 1000 soalan terkini dari Tingkatan 1 hingga 3.

Rabu, 27 Mei 2009

Muat Turun Huraian dan Sukatan KHB

Sukatan Pelajaran KHB boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

http://www.ziddu.com/download/4924739/SUKATANPELAJARANKHB.pdf.html

Huraian sukatan KHB Tingkatan 1, 2 dan 3 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

http://www.ziddu.com/download/4924853/HURAIANSUKATANKHBT1.pdf.html


http://www.ziddu.com/download/4924852/HURAIANSUKATANKHBT3.pdf.html

Benarkah KHB Pertanian semakin terpinggir?

Berdasarkan tinjauan dan perangkaan terkini khususnya di Perak, menunjukkan mata pelajaran KHB Pertanian agak kurang popularitinya berbanding KHB pilihan lain. Hakikat ini dibuktikan dengan bilangan sekolah yang memilih KHB pilihan lain seperti KHB Kemahiran Teknikal yang berlipat kali ganda jumlahnya. Apakah KHB Pertanian ini dianggap mata pelajaran kelas kedua sehingga pihak sekolan tidak berminat untuk memilihnya? Malah jika adapun hanya diberikan kepada kelas bawahan atau kumpulan pelajar kurang pandai. Ataupun subjek ini berimejkan kotor dan comot kerana berkait dengan pertanian, tanah, tanaman, kompos, ternakan dan sebagainya yang tidak selari dengan sekolah moden, maju dan berprofail tinggi. Ataupun mata pelajaran ini dianggap sukar diajar dan dipelajari yang natijahnya nanti menjejaskan keputusan peperiksaan? Atau barangkali juga sekolah tidak memiliki prasarana untuk melaksanakannya seperti tanah dan kolam misalnya.

Persoalan ini sering berlegar dan bermain di benak fikiran saya. Apakah pihak berkenaan tidak menyedari realiti sebenar subjek dan kepentingan Pertanian itu sendiri? Harus diingat bahawa hanya 50% isi kandungan subjek ini berbeza dengan KHB lain. Teras KHB adalah sama dan yang membezakannya hanya elemen pilihan. Tetapi perbezaan inilah yang dijadikan alasan untuk mengesampingkan KHB Pertanian daripada arus keutamaan sekolah. Walhal jika diteliti isi pelajaran bahagian pertanian itu sendiri adalah begitu mudah yang mana skop teori pengetahuan dan kerja amalinya berkait rapat dengan persekitaran alam semulajadi dan kehidupan masyarakat berbanding dengan yang lain yang mungkin bersifat teknikal dan analitis yang lebih sukar untuk dikuasai. Tuntutan Kemudahan fizikal untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya juga fleksibel dan boleh diubahsuai. Sebagai contoh, jika tida ada kawasan kolam untuk ternakan ikan air tawar, maka sebarang bekas atau tangki boleh digunakan. Dengan demikian maka tidak ada alasan kukuh untuk tidak membenarkan pelajar memilih KHB Pertanian dengan tidak menawrkannya di peringkat sekolah. Secara amnya, saya beranggapan bahawa sebarang penolakan terhadap KHB Pertanian adalah atas sifat prejudis.

Sedarkah kita akan peri mustahaknya elemen pertanian dalam dunia hari ini? Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke 9, menyatakan menjelang tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Anggaran angka ini menggambarkan secara realistik betapa pertanian itu penting dan harus diberi keutamaan.Untuk merealisasikannya, penekanan harus bermula diperingkat sekolah. Lantaran itu sikap menganak tirikan KHB Pertanian harus dikikis sama sekali.

Selasa, 26 Mei 2009

BUKU MANUAL AMALI KHB PERTANIAN




Buku ini ditulis oleh JU KHB Pertanian Perak dengan berpandukan Buku Teks, Sukatan Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini serta akur dengan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus.
Tujuan Buku Manual Amali ini ditulis adalah untuk memberi panduan kepada guru dalam melaksanakan sesi amali. Kepada pelajar, buku ini bukan sahaja dapat digunakan sebagai rekod aktiviti amali, tetapi ianya juga boleh menjadi bahan rujukan yang dapat memberi kefahaman lebih mendalam. Buku manual ini turut menyediakan soalan-soalan latihan untuk menguji kefahaman dan sebagai pengukuhan. Selain itu juga buku ini memuatkan strategi pengajaran dan pembelajaran amali yang mampu mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi Aditone Enterprise di talian 019-4580411 atau ctruziyatun@yahoo.com

CD BAHAN BANTU MENGAJAR INTERAKTIF


Bahan yang dibangunkan oleh JU KHB Pertanian Perak ini merupakan suatu produk yang direka khusus untuk guru sebagai media sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. Bahan ini juga sesuai digunakan oleh pelajar melalui kaedah pembelajaran kendiri. Isi kandungan bahan ini meliputi bahagian teras dan bahagian elektif pertanian. Skop kandungannya adalah akur terhadap sukatan pelajaran dan buku teks. Fakta setiap topik diolah secara ringkas dan padat tanpa meninggalkan isi-isi penting. Gambar, grafik dan animasi yang berkualiti turut dimuatkan sebagai sokongan kepada pemahaman fakta. Keseluruhan reka bentuk dan reka letak bahan ini dipersembahkan secara ringkas dengan kemudahan butang navigasi yang mudah. Justeru itu, bahan ini dapat digunakan oleh pelajar dan guru tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi Aditone Enterprise di talian 019-4580411 atau emel ctruziyatun@yahoo.com.