Rabu, 27 Mei 2009

Benarkah KHB Pertanian semakin terpinggir?

Berdasarkan tinjauan dan perangkaan terkini khususnya di Perak, menunjukkan mata pelajaran KHB Pertanian agak kurang popularitinya berbanding KHB pilihan lain. Hakikat ini dibuktikan dengan bilangan sekolah yang memilih KHB pilihan lain seperti KHB Kemahiran Teknikal yang berlipat kali ganda jumlahnya. Apakah KHB Pertanian ini dianggap mata pelajaran kelas kedua sehingga pihak sekolan tidak berminat untuk memilihnya? Malah jika adapun hanya diberikan kepada kelas bawahan atau kumpulan pelajar kurang pandai. Ataupun subjek ini berimejkan kotor dan comot kerana berkait dengan pertanian, tanah, tanaman, kompos, ternakan dan sebagainya yang tidak selari dengan sekolah moden, maju dan berprofail tinggi. Ataupun mata pelajaran ini dianggap sukar diajar dan dipelajari yang natijahnya nanti menjejaskan keputusan peperiksaan? Atau barangkali juga sekolah tidak memiliki prasarana untuk melaksanakannya seperti tanah dan kolam misalnya.

Persoalan ini sering berlegar dan bermain di benak fikiran saya. Apakah pihak berkenaan tidak menyedari realiti sebenar subjek dan kepentingan Pertanian itu sendiri? Harus diingat bahawa hanya 50% isi kandungan subjek ini berbeza dengan KHB lain. Teras KHB adalah sama dan yang membezakannya hanya elemen pilihan. Tetapi perbezaan inilah yang dijadikan alasan untuk mengesampingkan KHB Pertanian daripada arus keutamaan sekolah. Walhal jika diteliti isi pelajaran bahagian pertanian itu sendiri adalah begitu mudah yang mana skop teori pengetahuan dan kerja amalinya berkait rapat dengan persekitaran alam semulajadi dan kehidupan masyarakat berbanding dengan yang lain yang mungkin bersifat teknikal dan analitis yang lebih sukar untuk dikuasai. Tuntutan Kemudahan fizikal untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya juga fleksibel dan boleh diubahsuai. Sebagai contoh, jika tida ada kawasan kolam untuk ternakan ikan air tawar, maka sebarang bekas atau tangki boleh digunakan. Dengan demikian maka tidak ada alasan kukuh untuk tidak membenarkan pelajar memilih KHB Pertanian dengan tidak menawrkannya di peringkat sekolah. Secara amnya, saya beranggapan bahawa sebarang penolakan terhadap KHB Pertanian adalah atas sifat prejudis.

Sedarkah kita akan peri mustahaknya elemen pertanian dalam dunia hari ini? Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke 9, menyatakan menjelang tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Anggaran angka ini menggambarkan secara realistik betapa pertanian itu penting dan harus diberi keutamaan.Untuk merealisasikannya, penekanan harus bermula diperingkat sekolah. Lantaran itu sikap menganak tirikan KHB Pertanian harus dikikis sama sekali.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kurangnya sekolah yang memilih KHB pertanian adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:
1. ketiadaan guru KHB pertanian
2. tidak ada kawasan kebun petanian
3. pelajar tidak minat
Saya rasa tiga perkara inilah yang menjadi punca utama mengapa bilangan KHB pertanian semakin berkurangan.

Sekadar pandangan
Zulfadli
Guru KHBKT
Marang Trg.

Unknown berkata...

faktor kekurangan ruang tanah untuk pertanian menjadi 1 masalah yg bsr pada setiap sekolah kini...x dinafikan dlm bdg pertanian, ruang bekerja untuk pelajar amat luas dan dengan bilangan pelajar yg semakin ramai menyebabkan pertambahan bilangan kelas....tetapi adakah ini m'jd penyebab kenapa pilihan pertanian perlu dipinggirkan...sy tertanya..kenapa SASBADI x boleh keluarkan soalan ramalan pilihan pertanian sedangkan soalan pilihan lain boleh pulak dikeluarkan...

guru khb pertanian
SABK Kedah

Tanpa Nama berkata...

pandangan peribadi saya mengatakan sikap guru kh sendiri dan sesetengah pentadbir juga mempengaruhi elektif khb pertanian ditutup. ada pentadbir yang mengganggap khb pertanian terlalu remeh dan tidak bernilai. terlalu jijik dan kotor. lebih baik mereka utamakan elektif pilihan 1 dan 4.

ada juga sikap guru sendiri yang merasakan terlalu berat melaksanakan khb pertanian. banyak kerja kata mereka. walaupun ada antara mereka lulusan upm pun!!!
rugi ilmu yang dipelajari tidak dikongsi dengan generasi baru..
sama-samalah kita memartabatkan balik khb pertanian..
pertanian adalah perniagaan

Tanpa Nama berkata...

bagi sy KH pertanian sgt berguna utk murid2 yg lemah..atas sbb itu sy dan guru2 khb yg lain beria-ia mminta pentadbir myediakan pilihan ini di sekolah dan thn ini 2011 pentadbir mmberi sokongan..mslh yg kami hdpi adalah thn ini mrupakan thn prtma pilihan ini dtawarkan dan guru xda yg brpengalaman dlm pelaksanaannya trutama bkaitan kerja kursus..ditmbh lg dgn ruang tnh yg terhad d kwsn sek..mohon guru2 khb yg lbh brpglmn memberi panduan dan berkongsi dgn sy guru yg maha kerdil ini...t.kasih...