Rabu, 27 Mei 2009
Muat Turun Huraian dan Sukatan KHB
http://www.ziddu.com/download/4924739/SUKATANPELAJARANKHB.pdf.html
Huraian sukatan KHB Tingkatan 1, 2 dan 3 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
http://www.ziddu.com/download/4924853/HURAIANSUKATANKHBT1.pdf.html
http://www.ziddu.com/download/4924852/HURAIANSUKATANKHBT3.pdf.html
Benarkah KHB Pertanian semakin terpinggir?
Persoalan ini sering berlegar dan bermain di benak fikiran saya. Apakah pihak berkenaan tidak menyedari realiti sebenar subjek dan kepentingan Pertanian itu sendiri? Harus diingat bahawa hanya 50% isi kandungan subjek ini berbeza dengan KHB lain. Teras KHB adalah sama dan yang membezakannya hanya elemen pilihan. Tetapi perbezaan inilah yang dijadikan alasan untuk mengesampingkan KHB Pertanian daripada arus keutamaan sekolah. Walhal jika diteliti isi pelajaran bahagian pertanian itu sendiri adalah begitu mudah yang mana skop teori pengetahuan dan kerja amalinya berkait rapat dengan persekitaran alam semulajadi dan kehidupan masyarakat berbanding dengan yang lain yang mungkin bersifat teknikal dan analitis yang lebih sukar untuk dikuasai. Tuntutan Kemudahan fizikal untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya juga fleksibel dan boleh diubahsuai. Sebagai contoh, jika tida ada kawasan kolam untuk ternakan ikan air tawar, maka sebarang bekas atau tangki boleh digunakan. Dengan demikian maka tidak ada alasan kukuh untuk tidak membenarkan pelajar memilih KHB Pertanian dengan tidak menawrkannya di peringkat sekolah. Secara amnya, saya beranggapan bahawa sebarang penolakan terhadap KHB Pertanian adalah atas sifat prejudis.
Sedarkah kita akan peri mustahaknya elemen pertanian dalam dunia hari ini? Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke 9, menyatakan menjelang tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Anggaran angka ini menggambarkan secara realistik betapa pertanian itu penting dan harus diberi keutamaan.Untuk merealisasikannya, penekanan harus bermula diperingkat sekolah. Lantaran itu sikap menganak tirikan KHB Pertanian harus dikikis sama sekali.
Selasa, 26 Mei 2009
BUKU MANUAL AMALI KHB PERTANIAN
CD BAHAN BANTU MENGAJAR INTERAKTIF
Bahan yang dibangunkan oleh JU KHB Pertanian Perak ini merupakan suatu produk yang direka khusus untuk guru sebagai media sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. Bahan ini juga sesuai digunakan oleh pelajar melalui kaedah pembelajaran kendiri. Isi kandungan bahan ini meliputi bahagian teras dan bahagian elektif pertanian. Skop kandungannya adalah akur terhadap sukatan pelajaran dan buku teks. Fakta setiap topik diolah secara ringkas dan padat tanpa meninggalkan isi-isi penting. Gambar, grafik dan animasi yang berkualiti turut dimuatkan sebagai sokongan kepada pemahaman fakta. Keseluruhan reka bentuk dan reka letak bahan ini dipersembahkan secara ringkas dengan kemudahan butang navigasi yang mudah. Justeru itu, bahan ini dapat digunakan oleh pelajar dan guru tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi Aditone Enterprise di talian 019-4580411 atau emel ctruziyatun@yahoo.com.